GEORGETOWN: Kebakaran yang mengorbankan 19 kanak-kanak di sebuah asrama di Guyana dipercayai berlaku susulan tindakan pihak sekolah merampas telefon bimbit seorang pelajar.
"Seorang pelajar perempuan disyaki menyebabkan kebakaran berlaku apabila telefon bimbitnya dirampas oleh ibu pengasuh dan seorang guru asrama," kata polis dalam satu kenyataan.
Memetik laporan Reuters, Datuk Bandar Mahdia, David Adams mengesahkan pelajar perempuan itu tidak mengalami kecederaan di dalam kejadian tersebut.
Beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada pelajar itu ditahan dan kenyataan polis tidak menyebut mengenai sebarang penangkapan.
Dalam pada itu, beberapa pelajar memberitahu penyiasat bahawa mereka terjaga apabila terdengar jeritan dan melihat api memenuhi ruangan bilik air asrama.
Ahli patologi kerajaan yang melakukan bedah siasat post-mortem ke atas enam mayat menyenaraikan sebab kematian mereka sebagai keracunan asap dan luka terbakar.
Tiga belas mayat telah dipindahkan ke ibu negara Georgetown untuk pengesanan DNA dan hampir 30 kanak-kanak lain dirawat di hospital.
Menteri Pendidikan Priya Manickchand sebelum ini enggan membincangkan penglibatan pelajar tersebut.
Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa asrama itu tidak dilengkapi dengan sistem amaran kebakaran moden dan pelajar tidak dilatih dalam latihan kebakaran, Manickchand berkata bahawa kejadian masih dalam siasatan.
Presiden Irfaan Ali turut bertemu beberapa ibu bapa kanak-kanak mangsa selepas melawat hospital Mahdia dan mengisytiharkan tempoh tiga hari berkabung kebangsaan.
Agensi
Wed May 24 2023
Keadaan premis asrama yang terbakar dan mengorbankan 19 kanak-kanak di Guyana. -Gambar fail/AP
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Venezuela kerah 5,600 tentera selepas Britain hantar kapal perang ke Guyana
Presiden Nicolas Maduro mengarahkan pergerakan lebih 5,600 tentera Venezuela sebagai tindak balas terhadap penempatan kapal perang Britain ke pantai Guyana.
OPEC nafi terima Guyana sebagai ahlinya
OPEC dalam kenyataannya mengakui bahawa "Guyana adalah pemain baharu yang sedang berkembang dalam pasaran minyak antarabangsa dan memiliki potensi yang signifikan".
Berang telefon bimbit dirampas, pelajar perempuan bakar asrama
Sebuah kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah asrama di Guyana mengorbankan 19 orang kanak-kanak selepas pihak sekolah merampas telefon bimbit seorang pelajar.